Monday, December 28, 2015

SEDIHNYA!! TERGAMAK BETUL DIA BUAT KAWAN MACAM TU...!! AMBILLAH BENDA INI PENGAJARAN KEPADA SEMUA...!!


Ismail SMS sahabat baiknya
"Bro, boleh tolong aku? Aku perlukan duit lebih kurang RM300..penting sangat, darurat sangat bro, boleh aku pinjam duit kau dulu?"
Lalu Ahmad, sahabat baiknya membalas mesejnya itu....
"Boleh in shaa Allah bro, tapi kau kena tunggu dalam 1/2 jam, nanti aku transfer ke akaun kau"

Selepas 1/2 jam...1 jam.... 2 jam menunggu... sahabatnya Ahmad tidak memberi langsung khabar berita, bila Ismail menelefon ke telefon sahabatnya itu ternyata ia tidak aktif..
Ismail kecewa dengan sahabatnya itu, ternyata sahabat yang disangka boleh dipercayai itu juga meninggalkan dirinya, Bahkan hampir 3 jam sudah berlalu.. telefon Ahmad masih juga tidak aktif!
Ismail pun mengirim SMS kepada Ahmad
"Selama ini kita bersahabat baik, aku tidak pernah mengecewakan kau disaat kau dalam kesusahan, kita sudah saling percaya, dan kau aku anggap seperti saudaraku, Tapi kenapa sekarang kau pergi meninggalkan aku..?"
Lalu SMS itu dihantar kepada Ahmad....
Tapi status pengirimnya pending....
15 minit kemudian sahabatnya Ahmad menelefonnya...
Ismail bertanya kepada Ahmad, kenapa telefonnya tidak dapat dihubungi sebelum ini..Lalu sahabatnya pun memberitahu bahawa...
"Minta maaf bro, aku bukan sengaja mematikan telefonku, aku bukan sengaja lari darimu, tetapi aku mematikan hpku kerana aku sedang menjual hpku supaya aku dapat membantumu..lalu duit hasil jualan hpku itu dapat aku berikan pada mu...Aku belikan hp yang murah agar aku boleh menghubungimu, bahawa aku ingin memberitahumu, duit yang kau perlukan itu sudah aku transfer ke akaunmu..."
Ismail sangat mnyesal dengan tindakannya yang bersangka buruk pada sahabatnya itu... Dia terasa sangat kecewa dengan dirinya...
Allah berfirman dalam Al-Quran
"Hai orang orang beriman, jauhilah dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa"
(Surah Al-Hujuraat 49: 12)

YA ALLAH...!! APA NK JADI!! Polis Paksa Kemalangan Lori Bauksit BUANG Laporan Dan JANGAN Panjangkan Kes...!!!







Macam Tak Percaya Budak Ini Sering Dapat Hadiah Dari Burung sejak dari kecik lagi... Jom Lihat..!!


Macam Tak Percaya Budak Ini Sering Dapat Hadiah Dari Burung sejak dari kecik lagi... Jom Lihat..!!



Seorang gadis kecil berusia 8 tahun, Gabi Mann, tinggal di Seattle, sering mendapat hadiah pelik dari beberapa sahabat yang uniknya.

Semasa Gabi berusia 4 tahun beliau mula memberi makan kepada burung gagak di sekitar rumahnya dan burung-burung ini tidak pernah lupa mengenainya.

 Sehingga hari ini mereka sering membawa hadiah kecil, apa-apa yang muat dalam paruh mereka. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Gabi telah memiliki koleksi hadiah dari sahabat uniknya itu.



ANTARA RAKYAT MALAYSIA YANG DISAHKAN MAUT DAN CEDERA DI CHIANG MAI!!!



13 Rakyat Malaysia Disahkan Maut, 9 Lagi Cedera





KUALA LUMPUR – Seramai 13 rakyat Malaysia disahkan maut manakala sembilan lagi cedera termasuk empat parah dalam satu kemalangan bas di Chiang Mai, utara Thailand pada Ahad.

Ketika dihubungi Bernama malam ini, Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussin berkata dalam kejadian 11.30 pagi waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia) itu, seramai 22 rakyat Malaysia berada di dalam bas berkenaan selain beberapa penumpang lain yang belum dikenal pasti kewarganegaraan mereka.

“Pihak kedutaan sedang menunggu pengesahan mengenai pengecaman mayat rakyat Malaysia terbabit sebelum menghubungi waris mangsa di Malaysia.

“Berdasarkan sumber yang saya peroleh, rakyat Malaysia terbabit difahamkan berasal dari Johor,” katanya.

Laporan agensi media antarabangsa, Xinhua, menyatakan bas itu terbabas ketika dalam perjalanan dari wilayah Chiang Rai ke wilayah Chiang Mai, selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap.

Sementara itu, Kementerian Luar berkata Kedutaan Malaysia di Bangkok sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand dalam memberi bantuan konsul kepada mereka yang cedera, selain menghubungi waris-waris mangsa berkenaan.

Wisma Putra turut merakamkan ucapan takziah kepada kepada keluarga dan rakan mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu.

Di JOHOR BAHRU, Pengurus Besar Chiu Travel Sdn Bhd, Terence Yung, mengesahkan kesemua 22 mangsa berkenaan adalah dari Batu Pahat, Johor.

“Kami menerima berita sedih bahawa kenderaan yang membawa Kumpulan Pelancong kami yang ke sana pada 17 Dis (Khamis) telah terlibat dalam kemalangan,” kata Yung ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata kesemua mangsa yang cedera kini dirawat di lima buah hospital di Chiang Mai. – BERNAMA

6 TANDA SAMA ADA ANDA KETAGIH WHATSAPP ATAU TIDAK!!

6 TANDA SAMA ADA ANDA KETAGIH WHATSAPP ATAU TIDAK!!





Rasanya semua peringkat umur tahu apa tu WhatsApp. Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia merupakan pengguna WhatsApp.

Tapi, apa yang tak bestnya, ketagihan dengan WhatsApp semakin menjadi-jadi.

Rasanya manusia sekarang mempunyai hubungan lebih baik dengan telefon mereka berbanding dengan orang sekeliling.

Ketahui 6 tanda ini sama ada anda ni addicted dengan WhatsApp atau tidak!

1 Bunyi Whatsapp

Salah satu tanda paling jelas sama ada anda ketagih atau tidak, setiap kali bunyi je WhatsApp, anda terus periksa telefon anda. Memang tak boleh tunggu langsung.

2 Setiap masa Whatsapp je

Apabila WhatsApp adalah perkara pertama yang anda lihat tiap kali bangun tidur dan perkara terakhir sebelum tidur. Bukan ke ketagih namanya?

3 Lihat gambar profil orang lain

Jangan terkejut. Bagi mereka yang dah ketagih, walaupun tiada mesej masuk, mereka akan tetap melihat WhatsApp. Mereka akan melihat gambar profil orang lain dan senarai kenalan.

4 Teruja dengan perubahan baru

Ingat tak masa WhatsApp lakukan perubahan “double tick” biru? Jika anda teruja, itu tandanya anda ketagih pada aplikasi tersebut.

5 Add mereka yang tiada WhatsApp

Sebaik sahaja anda mengetahui ada seseorang dalam senarai kenalan tiada WhatsApp, anda terus add mereka. Bagi anda, susah untuk mempercayai bahawa ada lagi orang yang boleh hidup tanpa Whatsapp.

6 Tidak suka menunggu

Bila anda dah ketagih, anda tidak boleh menunggu orang tersebut membalas mesej dengan lambat. Ini kerana anda boleh tahu sama ada mereka sudah membaca mesej yang anda hantar atau tidak.

Gadis Dari Johor Hilang !! Setelah 3 Hari! Apa Yang Dijumpai Sangat Pelik! Tapi Jasad Masih Hilang!!




 

Gadis Dari Johor Hilang!! Setelah 3 Hari! Apa Yang Dijumpai angat Pelik! Tapi Jasat MAsih Hilang!
Mesti korang terkejut dengan apa yang dijumpai!


Penampakan Aneh Dalam Gambar Terakhir Jururawat Undang Spekulasi Berkait Mahluk Halus

Ekoran pencarian mangsa lemas Nurul Wazieyana Mohd. Yusof sudah pun masuk hari ke 4 hari ini. setakat ini baju ,seluar, tudung yang dipakai mangsa sudah di temui oleh pihak operasi SAR dalam pencarian.

Beberapa jam lepas pihak penyelamat operasi sar telah menjumpai pakaian dalam mangsa yang tidak jauh dari kejadian lemas.

Apa yang menjadi isunya di sini atas kehilangan jururawat tersebut mengundang misteri yang semakin mencengangkan apabila penemuan penemuan pakaian mangsa yang di anggap janggal.


"Rasanya pertama kali dengar kes lemas sampai pakaian terbuka semua,harap pihak pencari dan penyelamat juga tumpukan pencarian di darat.
Doa juga diperlukan dari anda semua semoga mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan doakan yang terbaik untuk keluarga mangsa.katanya dalam komen tersebut"

Sesetengan orang juga menimbulkan isu misteri kehilangan jururawat berkenan berkait dengan mahluk halus.

spekulasi itu juga turut di sertakan dengan penampakan sesuatu yang cukup aneh pada gambar terakhir mangsa.

                          
KUCHING : Satu lagi klu baharu iaitu penemuan seluar hitam milik jururawat Nurul Wazieyana Mohd. Yusof, 23 tahun dari Tangkak, Johor yang dipercayai hilang 3 hari lalu di Pasir Panjang di Kuching dijumpai petang tadi.


Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii memberitahu ia dijumpai di tempat yang sama baju dan tudung ditemui.

CUBAAN LARIKAN MESIN ATM GUNA KANCIL


CUBAAN LARIKAN MESIN ATM GUNA KANCIL





PONTIAN Cubaan dua lelaki melarikan RM 160,000 dari sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan menarik mesin terbabit di Pejabat Pos Pekan Benut, menggunakan sebuah kereta perodua kancil gagal selepas mereka dikesan anggota unit peronda berkereta (MPV), kira-kira jam 4.00 pagi tadi.

Dua anggota MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian segera bergegas ke Pejabat Pos berkenaan setelah mendapat maklumat bahawa alat penggera keselamatan di Pejabat Pos itu berbunyi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Zakaria Abdul Rahman berkata sebaik tiba dilokasi kejadian, anggota peronda mendapati dua lelaki sedang menarik ATM tersebut menggunakan kabel yang disambung pada sebuah kereta kancil berwarna putih.

Setelah menyedari kehadiran polis kedua-dua suspek cuba melarikan diri ke arah belakang pejabat pos.

Suspek yang memandu kereta itu berjaya ditangkap, namun rakannya sempat melarikan diri ke dalam semak di belakang pejabat pos itu,katanya dalam sidang media di perkarangan Pejabat Pos Benut, pagi tadi.

Jelasnya, siasatan lanjut dan risikan yang dijalankan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah, anggota Balai Polis Benut serta pasukan peronda IPD Pontian berjaya menahan suspek kedua kira-kira jam 7.15 pagi.

Katanya rakan suspek yang berusia 19 tahun itu berjaya ditangkap ketika sedang berpura-pura ingin membeli nasi lemak di Kampung Lama Benut, iaitu 1km dari lokasi kejadian.

Suspek pertama yang ditangkap berusia 21 tahun berkerja sebagai operater pengeluaran di Singapura dan berasal dari Perak. Manakala suspek kedua berusia 19 tahun merupakan orang tempatan yang bekerja di sebuah kedai perabot.

Hasil siasatan polis, mendapati kedua-dua suspek berkenaan melalui aplikasi sosial weechat sejak sebulan yang lalu, selain mereka berdua turut bekerjasama dalam perniagaan online melibatkan perniagaan mata wang,katanya.

Jelasnya terdapat kesan pecah masuk pada pintu pagar Pejabat Pos yang menempatkan sebuah mesin ATM milik sebuah bank.

Kedua-dua suspek akan ditahan reman bagi siasatan lanjut dijalankan di bawak seksyen 380/511 kanan keseksaan kerana cubaan mencuri.

Siasatan polis turut mendapati kedua -dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian air kencing akan dijalankan,katanya. Sinar Harian