Monday, December 28, 2015

SEDIHNYA!! TERGAMAK BETUL DIA BUAT KAWAN MACAM TU...!! AMBILLAH BENDA INI PENGAJARAN KEPADA SEMUA...!!


Ismail SMS sahabat baiknya
"Bro, boleh tolong aku? Aku perlukan duit lebih kurang RM300..penting sangat, darurat sangat bro, boleh aku pinjam duit kau dulu?"
Lalu Ahmad, sahabat baiknya membalas mesejnya itu....
"Boleh in shaa Allah bro, tapi kau kena tunggu dalam 1/2 jam, nanti aku transfer ke akaun kau"

Selepas 1/2 jam...1 jam.... 2 jam menunggu... sahabatnya Ahmad tidak memberi langsung khabar berita, bila Ismail menelefon ke telefon sahabatnya itu ternyata ia tidak aktif..
Ismail kecewa dengan sahabatnya itu, ternyata sahabat yang disangka boleh dipercayai itu juga meninggalkan dirinya, Bahkan hampir 3 jam sudah berlalu.. telefon Ahmad masih juga tidak aktif!
Ismail pun mengirim SMS kepada Ahmad
"Selama ini kita bersahabat baik, aku tidak pernah mengecewakan kau disaat kau dalam kesusahan, kita sudah saling percaya, dan kau aku anggap seperti saudaraku, Tapi kenapa sekarang kau pergi meninggalkan aku..?"
Lalu SMS itu dihantar kepada Ahmad....
Tapi status pengirimnya pending....
15 minit kemudian sahabatnya Ahmad menelefonnya...
Ismail bertanya kepada Ahmad, kenapa telefonnya tidak dapat dihubungi sebelum ini..Lalu sahabatnya pun memberitahu bahawa...
"Minta maaf bro, aku bukan sengaja mematikan telefonku, aku bukan sengaja lari darimu, tetapi aku mematikan hpku kerana aku sedang menjual hpku supaya aku dapat membantumu..lalu duit hasil jualan hpku itu dapat aku berikan pada mu...Aku belikan hp yang murah agar aku boleh menghubungimu, bahawa aku ingin memberitahumu, duit yang kau perlukan itu sudah aku transfer ke akaunmu..."
Ismail sangat mnyesal dengan tindakannya yang bersangka buruk pada sahabatnya itu... Dia terasa sangat kecewa dengan dirinya...
Allah berfirman dalam Al-Quran
"Hai orang orang beriman, jauhilah dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa"
(Surah Al-Hujuraat 49: 12)

YA ALLAH...!! APA NK JADI!! Polis Paksa Kemalangan Lori Bauksit BUANG Laporan Dan JANGAN Panjangkan Kes...!!!







Macam Tak Percaya Budak Ini Sering Dapat Hadiah Dari Burung sejak dari kecik lagi... Jom Lihat..!!


Macam Tak Percaya Budak Ini Sering Dapat Hadiah Dari Burung sejak dari kecik lagi... Jom Lihat..!!



Seorang gadis kecil berusia 8 tahun, Gabi Mann, tinggal di Seattle, sering mendapat hadiah pelik dari beberapa sahabat yang uniknya.

Semasa Gabi berusia 4 tahun beliau mula memberi makan kepada burung gagak di sekitar rumahnya dan burung-burung ini tidak pernah lupa mengenainya.

 Sehingga hari ini mereka sering membawa hadiah kecil, apa-apa yang muat dalam paruh mereka. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Gabi telah memiliki koleksi hadiah dari sahabat uniknya itu.



ANTARA RAKYAT MALAYSIA YANG DISAHKAN MAUT DAN CEDERA DI CHIANG MAI!!!



13 Rakyat Malaysia Disahkan Maut, 9 Lagi Cedera





KUALA LUMPUR – Seramai 13 rakyat Malaysia disahkan maut manakala sembilan lagi cedera termasuk empat parah dalam satu kemalangan bas di Chiang Mai, utara Thailand pada Ahad.

Ketika dihubungi Bernama malam ini, Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussin berkata dalam kejadian 11.30 pagi waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia) itu, seramai 22 rakyat Malaysia berada di dalam bas berkenaan selain beberapa penumpang lain yang belum dikenal pasti kewarganegaraan mereka.

“Pihak kedutaan sedang menunggu pengesahan mengenai pengecaman mayat rakyat Malaysia terbabit sebelum menghubungi waris mangsa di Malaysia.

“Berdasarkan sumber yang saya peroleh, rakyat Malaysia terbabit difahamkan berasal dari Johor,” katanya.

Laporan agensi media antarabangsa, Xinhua, menyatakan bas itu terbabas ketika dalam perjalanan dari wilayah Chiang Rai ke wilayah Chiang Mai, selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap.

Sementara itu, Kementerian Luar berkata Kedutaan Malaysia di Bangkok sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand dalam memberi bantuan konsul kepada mereka yang cedera, selain menghubungi waris-waris mangsa berkenaan.

Wisma Putra turut merakamkan ucapan takziah kepada kepada keluarga dan rakan mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu.

Di JOHOR BAHRU, Pengurus Besar Chiu Travel Sdn Bhd, Terence Yung, mengesahkan kesemua 22 mangsa berkenaan adalah dari Batu Pahat, Johor.

“Kami menerima berita sedih bahawa kenderaan yang membawa Kumpulan Pelancong kami yang ke sana pada 17 Dis (Khamis) telah terlibat dalam kemalangan,” kata Yung ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata kesemua mangsa yang cedera kini dirawat di lima buah hospital di Chiang Mai. – BERNAMA

6 TANDA SAMA ADA ANDA KETAGIH WHATSAPP ATAU TIDAK!!

6 TANDA SAMA ADA ANDA KETAGIH WHATSAPP ATAU TIDAK!!





Rasanya semua peringkat umur tahu apa tu WhatsApp. Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia merupakan pengguna WhatsApp.

Tapi, apa yang tak bestnya, ketagihan dengan WhatsApp semakin menjadi-jadi.

Rasanya manusia sekarang mempunyai hubungan lebih baik dengan telefon mereka berbanding dengan orang sekeliling.

Ketahui 6 tanda ini sama ada anda ni addicted dengan WhatsApp atau tidak!

1 Bunyi Whatsapp

Salah satu tanda paling jelas sama ada anda ketagih atau tidak, setiap kali bunyi je WhatsApp, anda terus periksa telefon anda. Memang tak boleh tunggu langsung.

2 Setiap masa Whatsapp je

Apabila WhatsApp adalah perkara pertama yang anda lihat tiap kali bangun tidur dan perkara terakhir sebelum tidur. Bukan ke ketagih namanya?

3 Lihat gambar profil orang lain

Jangan terkejut. Bagi mereka yang dah ketagih, walaupun tiada mesej masuk, mereka akan tetap melihat WhatsApp. Mereka akan melihat gambar profil orang lain dan senarai kenalan.

4 Teruja dengan perubahan baru

Ingat tak masa WhatsApp lakukan perubahan “double tick” biru? Jika anda teruja, itu tandanya anda ketagih pada aplikasi tersebut.

5 Add mereka yang tiada WhatsApp

Sebaik sahaja anda mengetahui ada seseorang dalam senarai kenalan tiada WhatsApp, anda terus add mereka. Bagi anda, susah untuk mempercayai bahawa ada lagi orang yang boleh hidup tanpa Whatsapp.

6 Tidak suka menunggu

Bila anda dah ketagih, anda tidak boleh menunggu orang tersebut membalas mesej dengan lambat. Ini kerana anda boleh tahu sama ada mereka sudah membaca mesej yang anda hantar atau tidak.

Gadis Dari Johor Hilang !! Setelah 3 Hari! Apa Yang Dijumpai Sangat Pelik! Tapi Jasad Masih Hilang!!




 

Gadis Dari Johor Hilang!! Setelah 3 Hari! Apa Yang Dijumpai angat Pelik! Tapi Jasat MAsih Hilang!
Mesti korang terkejut dengan apa yang dijumpai!


Penampakan Aneh Dalam Gambar Terakhir Jururawat Undang Spekulasi Berkait Mahluk Halus

Ekoran pencarian mangsa lemas Nurul Wazieyana Mohd. Yusof sudah pun masuk hari ke 4 hari ini. setakat ini baju ,seluar, tudung yang dipakai mangsa sudah di temui oleh pihak operasi SAR dalam pencarian.

Beberapa jam lepas pihak penyelamat operasi sar telah menjumpai pakaian dalam mangsa yang tidak jauh dari kejadian lemas.

Apa yang menjadi isunya di sini atas kehilangan jururawat tersebut mengundang misteri yang semakin mencengangkan apabila penemuan penemuan pakaian mangsa yang di anggap janggal.


"Rasanya pertama kali dengar kes lemas sampai pakaian terbuka semua,harap pihak pencari dan penyelamat juga tumpukan pencarian di darat.
Doa juga diperlukan dari anda semua semoga mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan doakan yang terbaik untuk keluarga mangsa.katanya dalam komen tersebut"

Sesetengan orang juga menimbulkan isu misteri kehilangan jururawat berkenan berkait dengan mahluk halus.

spekulasi itu juga turut di sertakan dengan penampakan sesuatu yang cukup aneh pada gambar terakhir mangsa.

                          
KUCHING : Satu lagi klu baharu iaitu penemuan seluar hitam milik jururawat Nurul Wazieyana Mohd. Yusof, 23 tahun dari Tangkak, Johor yang dipercayai hilang 3 hari lalu di Pasir Panjang di Kuching dijumpai petang tadi.


Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii memberitahu ia dijumpai di tempat yang sama baju dan tudung ditemui.

CUBAAN LARIKAN MESIN ATM GUNA KANCIL


CUBAAN LARIKAN MESIN ATM GUNA KANCIL





PONTIAN Cubaan dua lelaki melarikan RM 160,000 dari sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan menarik mesin terbabit di Pejabat Pos Pekan Benut, menggunakan sebuah kereta perodua kancil gagal selepas mereka dikesan anggota unit peronda berkereta (MPV), kira-kira jam 4.00 pagi tadi.

Dua anggota MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian segera bergegas ke Pejabat Pos berkenaan setelah mendapat maklumat bahawa alat penggera keselamatan di Pejabat Pos itu berbunyi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Zakaria Abdul Rahman berkata sebaik tiba dilokasi kejadian, anggota peronda mendapati dua lelaki sedang menarik ATM tersebut menggunakan kabel yang disambung pada sebuah kereta kancil berwarna putih.

Setelah menyedari kehadiran polis kedua-dua suspek cuba melarikan diri ke arah belakang pejabat pos.

Suspek yang memandu kereta itu berjaya ditangkap, namun rakannya sempat melarikan diri ke dalam semak di belakang pejabat pos itu,katanya dalam sidang media di perkarangan Pejabat Pos Benut, pagi tadi.

Jelasnya, siasatan lanjut dan risikan yang dijalankan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah, anggota Balai Polis Benut serta pasukan peronda IPD Pontian berjaya menahan suspek kedua kira-kira jam 7.15 pagi.

Katanya rakan suspek yang berusia 19 tahun itu berjaya ditangkap ketika sedang berpura-pura ingin membeli nasi lemak di Kampung Lama Benut, iaitu 1km dari lokasi kejadian.

Suspek pertama yang ditangkap berusia 21 tahun berkerja sebagai operater pengeluaran di Singapura dan berasal dari Perak. Manakala suspek kedua berusia 19 tahun merupakan orang tempatan yang bekerja di sebuah kedai perabot.

Hasil siasatan polis, mendapati kedua-dua suspek berkenaan melalui aplikasi sosial weechat sejak sebulan yang lalu, selain mereka berdua turut bekerjasama dalam perniagaan online melibatkan perniagaan mata wang,katanya.

Jelasnya terdapat kesan pecah masuk pada pintu pagar Pejabat Pos yang menempatkan sebuah mesin ATM milik sebuah bank.

Kedua-dua suspek akan ditahan reman bagi siasatan lanjut dijalankan di bawak seksyen 380/511 kanan keseksaan kerana cubaan mencuri.

Siasatan polis turut mendapati kedua -dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian air kencing akan dijalankan,katanya. Sinar Harian

Saksi menceritakan Detik CEMAS Anak mangsa menangis minta tolong!!


Saksi menceritakan Detik CEMAS Anak mangsa menangis minta tolong!!


Al fatihah salam Takziah buat keluarga Arwah Imam Halim .. Imam surau fasa 2 puncak Alam .. kesihan adik Hasif yg yatim piatu sekelip mata ... semoga tabah .. 

HULU TERENGGANU : Lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak perempuan mati lemas ketika mandi manda di Air Terjun Belukar Bukit di sini tengah hari tadi.

Jenazah lima sekeluarga mati lemas selamat dikebumi



Dalam kejadian pada jam 11.35 pagi Sabtu itu, lima sekeluarga, termasuk dua kanak-kanak perempuan mati lemas ketika mandi manda di air terjun Belukar Bukit.
KUALA TERENGGANU: Jenazah lima sekeluarga yang mati lemas ketika mandi di Air Terjun Belukar Bukit, pada Sabtu, selamat dikebumikan awal pagi tadi.

Jenazah mereka dikebumikan di satu liang lahat di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Arang, kira-kira 1.45 pagi.

Kesemua mangsa dikenal pasti sebagai Abdul Halim Samian berusia 44, Nurul Adila @ Salawati Awang, 39, Nurul Arifah Abdul Halim, 16, Nurul Aina Abdul Halim, 11, dan Nurul Izah Abdul Halim, 10.

Terdahulu, kesemua jenazah disembahyangkan di Masjid Kampung Pengkalan Arang.

Sementara itu, bapa Allahyarham,Mohd Halim. Samian Somo, 84 tahun berkata sejurus mengetahui mengenai kejadian berkenaan, beliau sekeluarga bergegas datang ke Kuala Terengganu dari Muar, Johor.

"Dah takdir Allah, kita serah ajal kepada Allah, mana tahu terperanjat tadi dari pukul 12 nak makan tadi, baru sahaja tiga suap terus tak termakan termasuk anak perempuan saya, adik dia yang meninggal ini, tapi hari raya tu dia tak cakap apa-apa, tak ada perbezaan perasaan saya, dia datang bergurau begitu sahaja, yang ini memang terperanjat, mula-mula memang tak percaya sehingga ia sah", katanya selepas pengekebumian hari ini.

Dalam kejadian pada jam 11.35 pagi Sabtu itu, lima sekeluarga, termasuk dua kanak-kanak perempuan mati lemas ketika mandi manda di air terjun Belukar Bukit.


Kesemua mayat berasal dari Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor itu dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh waris terdekat.

Bagaimanapun, seorang lagi mangsa, Mohd Hasif Abdul Halim, sembilan tahun pula selamat kerana tidak mandi bersama anggota keluarganya yang lain.

Sementara itu, abang sulong Allahyraham, Hussein Samian berkata, mereka sekeluarga akan berbincang mengenai kedudukan Mohd Hasif, satu-satunya anak pasangan terbabit yang terselamat.
"Mengenai anak kecil ini kami belum buat sebarang perbincangan lagi namun kami akan bincang dengan keluarga, Kami tak sempat nak bincang lagi kerana keadaan masih kelam kabut. Tengok macam mana nanti", katanya.

Menurutnya, hasrat Allahyarham mahu melihat anak bongsunya itu yang sedang belajar di Sekolah Agama Sri Hira' untuk menjadi seorang tahfiz.

Hikayat Badak Sumbu dan Monyet


Alhikayat, dalam sebuah hutan di negeri Pahang ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar. Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua-dua menatang itu.

Permintaan 1 Badak: "Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya.."
Permintaan 1 Monyet: "Saya mau sebuah motor Harley Davidson."

Jin tu kelip mata, bling. Semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam.

Permintaan 2 badak: "Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.."
Permintaan 2 monyet: "Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei."

Jin tu kelip mata lagi, semua badak di Pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang-barang mat motornya tu..

Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik-baik!"

Badak tu pun pikir sejenak lepas tu kata, "Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerr.. kecuali saya."

Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu-satunya badak jantan satu Malaya nihh..

"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.

Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY!!"

Jin tu pun kelipkan mata, bling..

Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas-puasnya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah.. Ish.. Tak kuaassa nyah.."

Memiliki Anjing Pandai


Suatu hari, Wilson mengalami kemalangan semasa bermain dengan anjing kesayangannya, si Black. Ketika ia terjatuh, si Black mengheret Wilson ke suatu tempat selesa untuk merebahkan diri, lalu meninggalkan tuannya untuk memanggil doktor.

Dua minggu selepas kejadian itu, Wilson bertemu dengan rakannya.

"Hei, Bon. Aku dengar kau kemalangan dan ditolong oleh anjingmu, ya? wah, hebat benar anjing itu," teman Wilson menyanjung.

Wilson menjawab dengan selamba, "Iya, dia memang menolongku, tapi dia memanggil doktor haiwan untukku.."

Cara Menghidupkan Komputer Riba


Pak Ramlee adalah seorang lelaki yang tidak mahu dianggap ketinggalan zaman. Oleh kerana itu, ia berusaha membeli barang-barang elektronik yang sedang marak. Ia melawat pameran komputer riba. setelah melihat-lihat cukup lama, akhirnya ia membeli 1 unit komputer riba yang harganya cukup berpatutan.

Setibanya di rumah, Pak Ramlee membuka dan ingin melihat-lihat program apa saja yang ada di situ. Oleh kerana baru pertama kali ini Pak Ramlee menghidupkan komputer riba, ia mengalami kesulitan. Akhirnya, ia memanggil pihak penjual.

"Halo, Encik, ini saya sudah hidupkan laptopnya, terus kalau saya nak lihat-lihat isi di dalamnya ada apa saja bagaimana, Encik?"

"Cuba Bapak lihat di sebelah kiri, mousenya diarahkan ke situ, Pak. Ada tulisan `start`, klik itu dulu," jelas si penjual.

"Kiri saya atau kirinya Encik, nih?"

Cara Menghidupkan Komputer Riba

Pak Ramlee adalah seorang lelaki yang tidak mahu dianggap ketinggalan zaman. Oleh kerana itu, ia berusaha membeli barang-barang elektronik yang sedang marak. Ia melawat pameran komputer riba. setelah melihat-lihat cukup lama, akhirnya ia membeli 1 unit komputer riba yang harganya cukup berpatutan.

Setibanya di rumah, Pak Ramlee membuka dan ingin melihat-lihat program apa saja yang ada di situ. Oleh kerana baru pertama kali ini Pak Ramlee menghidupkan komputer riba, ia mengalami kesulitan. Akhirnya, ia memanggil pihak penjual.

"Halo, Encik, ini saya sudah hidupkan laptopnya, terus kalau saya nak lihat-lihat isi di dalamnya ada apa saja bagaimana, Encik?"

"Cuba Bapak lihat di sebelah kiri, mousenya diarahkan ke situ, Pak. Ada tulisan `start`, klik itu dulu," jelas si penjual.

"Kiri saya atau kirinya Encik, nih?"


Source: https://www.ceritalawak.com/

Lelaki Yang Sangat Malas


Di suatu masa, hiduplah seorang lelaki yang sangat malas. ia merasa bahawa tidak ada pekerjaan yang sesuai untuknya. Saat ia menikah, ia berkewajiban memenuhi keperluan keluarganya. Akhirnya, ia mencari-cari pekerjaan yang tidak perlu menggunakan fikiran, tetapi fizikal saja.

Ia pun bertanya-tanya kepada jirannya tentang jawatan pekerjaan semacam itu. Si jiran menyarankan untuk menjadi penjaga kubur di pengebumian. Kerana menganggap itu pekerjaan yang mudah, ia pun menerima pekerjaan itu.

Namun, baru 3 hari berlalu, si pemalas mengundurkan diri. "Ini tidak adil," katanya kepada si jiran dengan marah-marah." Di tanah perkuburan, semua orang berbaring diam, sementara saya adalah satu-satunya orang yang harus berdiri."

Lelaki Yang Sangat Malas

Di suatu masa, hiduplah seorang lelaki yang sangat malas. ia merasa bahawa tidak ada pekerjaan yang sesuai untuknya. Saat ia menikah, ia berkewajiban memenuhi keperluan keluarganya. Akhirnya, ia mencari-cari pekerjaan yang tidak perlu menggunakan fikiran, tetapi fizikal saja.

Ia pun bertanya-tanya kepada jirannya tentang jawatan pekerjaan semacam itu. Si jiran menyarankan untuk menjadi penjaga kubur di pengebumian. Kerana menganggap itu pekerjaan yang mudah, ia pun menerima pekerjaan itu.

Namun, baru 3 hari berlalu, si pemalas mengundurkan diri. "Ini tidak adil," katanya kepada si jiran dengan marah-marah." Di tanah perkuburan, semua orang berbaring diam, sementara saya adalah satu-satunya orang yang harus berdiri."


Source: https://www.ceritalawak.com/

Menjadi Pelayan Restoran Mahal

  
Amri adalah belia asal kampung yang tidak mengetahui teknologi. Suatu ketika, ia diterima menjadi pelayan sebuah restoran berprestij di bandar raya. Hari ketiga bekerja, datanglah seorang tetamu membawa laptop dan memanggil,

Amri, "Encik, saya mahu bertanya..."

"Ya, saya boleh bantu apa, Pak?" Amri bertanya.

"Di sini ada wifi tak?"

Dengan selamba Amri menjawab, "Maaf takde, Pak. Restoran kami hanya menyajikan menu masakan asli Thailand.."

Sunday, December 27, 2015

Punca Aziz Desa Meninggal Dunia!!





Al-Fatihah Aziz Desa Meninggal Dunia


Sekalung ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga kepada bekas wartawan dan pengacara, Aziz Desa yang telah meninggal dunia pada pukul 10.50 pagi Ahad. Sesungguhnya ia adalah suatu kehilangan besar buat dunia penyiaran Malaysia.

Allahyarham Aziz Desa atau nama sebenar Abdul Aziz, 50, menghembuskan nafas terakhir selepas terlantar di hospital tersebut akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis sebelum ini. Allahyarham yang juga bekas setiausaha akhbar kepada menteri besar Kedah dilapor mengalami masalah buah pinggang pada tahap serius dan sedang menjalani proses heamodialisis.

Berita Aziz Desa menainggal dunia tersebut disahkan sendiri adik kandungnya, Azri Desa. Sebelum ini Allahyarham dilaporkan terlantar di hospital akibat menderita masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis. Aziz Desa pernah menjawat sebagai Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Centre (KTC) selama empat bulan pada 2012 sebelum meninggalkan pusat itu antaranya atas faktor kesihatan. Al-Fatihah Aziz Desa Meninggal Dunia.

Percutian bersama keluarga di Phuket menjadi percutian terakhir buat Aziz Desa, 50, bekas wartawan dan pengacara televisyen yang meninggal dunia di sini pada Ahad.

Isterinya Raden Norazlina Raden Jumari, 50 berkata beliau bersama Aziz atau nama penuhnya Abdul Aziz bersama-sama anak-anak mereka baharu kembali daripada pusat percutian terkenal di Thailand itu petang semalam sebelum disedari meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad.

"Malam tadi arwah tidur di katil yang ada di ruang tamu bersama salah seorang anak kami. Tapi pagi tadi saya menyedari arwah sudah tidak bergerak lagi, Al-Fatihah Aziz Desa Meninggal Dunia" katanya kepada pemberita di kediaman mereka di Taman Seri Dayang. Aziz yang mengalami komplikasi buah pinggang, sakit jantung dan diabetes sejak hampir setahun lepas meninggalkan enam orang anak berumur antara 13 dan 22 tahun.

Selain pernah menjadi wartawan akhbar Berita Harian, TV3 dan TV9, Allahyarham juga pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri (Tan Sri) Sanusi Junid. Jenazahnya disemadikan di Kampung Bayas selepas solat Asar. Al-Fatihah Aziz Desa Meninggal Dunia.

6 Dosa yang tidak diampun Allah SWT walaupun dengan Taubat!!!




6 Dosa yang tidak diampun Allah SWT walaupun dengan Taubat!!


1- Makan harta anak yatim secara haram.

( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka  dosanya tidak terhapus).


2- Menuduh wanita solehah berzina.

( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).


3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.

( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).


4- Melakukan sihir.

( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).


5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.

( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari  maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).


6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.

( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).