Sunday, December 27, 2015

Punca Aziz Desa Meninggal Dunia!!





Al-Fatihah Aziz Desa Meninggal Dunia


Sekalung ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga kepada bekas wartawan dan pengacara, Aziz Desa yang telah meninggal dunia pada pukul 10.50 pagi Ahad. Sesungguhnya ia adalah suatu kehilangan besar buat dunia penyiaran Malaysia.

Allahyarham Aziz Desa atau nama sebenar Abdul Aziz, 50, menghembuskan nafas terakhir selepas terlantar di hospital tersebut akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis sebelum ini. Allahyarham yang juga bekas setiausaha akhbar kepada menteri besar Kedah dilapor mengalami masalah buah pinggang pada tahap serius dan sedang menjalani proses heamodialisis.

Berita Aziz Desa menainggal dunia tersebut disahkan sendiri adik kandungnya, Azri Desa. Sebelum ini Allahyarham dilaporkan terlantar di hospital akibat menderita masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis. Aziz Desa pernah menjawat sebagai Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Centre (KTC) selama empat bulan pada 2012 sebelum meninggalkan pusat itu antaranya atas faktor kesihatan. Al-Fatihah Aziz Desa Meninggal Dunia.

Percutian bersama keluarga di Phuket menjadi percutian terakhir buat Aziz Desa, 50, bekas wartawan dan pengacara televisyen yang meninggal dunia di sini pada Ahad.

Isterinya Raden Norazlina Raden Jumari, 50 berkata beliau bersama Aziz atau nama penuhnya Abdul Aziz bersama-sama anak-anak mereka baharu kembali daripada pusat percutian terkenal di Thailand itu petang semalam sebelum disedari meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad.

"Malam tadi arwah tidur di katil yang ada di ruang tamu bersama salah seorang anak kami. Tapi pagi tadi saya menyedari arwah sudah tidak bergerak lagi, Al-Fatihah Aziz Desa Meninggal Dunia" katanya kepada pemberita di kediaman mereka di Taman Seri Dayang. Aziz yang mengalami komplikasi buah pinggang, sakit jantung dan diabetes sejak hampir setahun lepas meninggalkan enam orang anak berumur antara 13 dan 22 tahun.

Selain pernah menjadi wartawan akhbar Berita Harian, TV3 dan TV9, Allahyarham juga pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri (Tan Sri) Sanusi Junid. Jenazahnya disemadikan di Kampung Bayas selepas solat Asar. Al-Fatihah Aziz Desa Meninggal Dunia.

No comments:

Post a Comment